Tuesday, May 31, 2016

Senarai Dealer MAB Power Network update 30 mei 2016

Update on 30 mei 2016
🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀

JUNIOR STOKItS
Selangor - Bangi Avenue, Bdr Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra : 019-2663512 (jannah)

🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀
DEALER

🌹SELANGOR:
1. Puchong Utama : 0126099764 (ida)
2. Bangi - Kajang : 0193591626 (lene)
3. Serdang, seri kembangan : 019-6421308 (aini)
4. Kajang : 019-337302 (izan)
5. Teluk Panglima Garang, Banting : 012-2255824 (fizah)
6. USJ, Subang Jaya : 012-7575320 (diana)
7. Puchong kg sri langkas:  01135048172 (diah)
8. Bandar Sunway - Tmn Medan : 019-2995661 (liza)
9. Putra Heights : 013-3853257, 013-3773257 (habibah)
10. Bandar Baru Bangi : 019-6691169 (asma)
11. Teras Jernang, Bangi : 019-2642497 (kak k)
12. Shah Alam : 019-2834405 (ila)
13. Batu Cave : 0192248454 (k.norlia)
14. Sungai besar: 019-6691169 (asmah)
15. Puchong Putra Perdana (aini) : 012:9802748
16. Taman Mas, Sepang : 012-2965172 (roza)
17. USJ 019-9206155 (amy)
18. Bandar Teknologi Kajang 012-691 4073 (yati)
19. Bangi lama, 017-633 2073 (sue)
20. Kinrara puchong :017 5154139 (fadilah)
21. Puchong perdana:  0172727278
(Effa- Opah Heritage urut tradisional Mobile Spa)
                                                                     
🌹PUTRAJAYA & CYBERJAYA
1. Putrajaya 012-629 1767 (mazlia anis)
2. Cyberjaya : 019-6421308 (aini)
3. Cyberjaya : 017-633 2073 (sue)

🌹KUALA LUMPUR
1. Bangsar South : 012-7575320 (diana)
2. TNB Bangsar, Pantai Dalam : 019-3373002 (izan)

🌹NEGERI SEMBILAN
1. Sendayan, Seremban : 013-3550079 (nita)

🌹MELAKA
1. Durian Tunggal, Alor Gajah, Ayer Keroh, Bukit Katil & Bandar Melaka: 017-6770322 (ema)
2. Klebang, Malim, Sg. Udang, Hospital Besar Melaka: 0143389731 (Hariyah@Ati)

🌹JOHOR
1. Parit Sulong, Parit Raja, Batu Pahat, Semerah : 018-7711689 (ainis)
2. Batu Pahat : 017-7754663 (azie)
3. Tmn.bestari indah, Ulu Tiram : 017-4846400 (sha)
4. Kluang : 019-7738230 (alynn)
5. Muar :013-7601557 (mala)

🌹PAHANG
1. Lanchang - Jengka : 012-945 2880 (amy)
2. Bukit Ibam - Muadzam Shah : 019-6113047 (hidayah)

🌹TERENGGANU
1. Paka : 0193591626 (lene)

🌹PERAK
1. Teluk Intan: 019-6691169 (asma)

🌹PERLIS
1. Kangar : 019-5732468 (shimah)

🌹SABAH
1. Keningau, Nabawan, Tenom, Tambunan, Kota Kinabalu : 016-2168143 (wina)

🌹SARAWAK
1. Mukah : 017-2066861 (zulhisyam bt abdullah)

🌹KELANTAN
1. Kota Bharu :  019-9834891 (Nor Munirah bt Awang)

Saturday, May 28, 2016

Warna Warni Kehidupan

Kredit to Pahrol Mohamad Juoi

Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup. Umpama sebuah lukisan yang indah justeru kerana warna-warnanya yang pelbagai.

Bayangkan, jika hanya ada satu warna, lukisan akan kehilangan serinya. Maka begitulah “lukisan” kehidupan manusia. Dilukis oleh takdir Allah dengan pelbagai ujian. Tidak semua yang manis datang bertandang. Ada masanya kepahitan singgah tanpa diundang.

Depani Kenyataan Hidup
Kita hanya hamba, bukan tuan apalagi tuhan dalam kehidupan ini. Selalu sahaja apa yang kita tidak minta, tidak disangka dan tidak dijangka menerjah dalam episod hidup.

Walaupun kita sering impikan yang indah-indah. Tetapi yang senang, berjaya dan gembira tidak akan menjadi milik kita sentiasa.

Demikian kenyataan dan sunnah kehidupan. Yang susah, buruk, pahit dan sedih terpaksa kita hadapi.

Meski kita tidak mahu, walau sekuat mana kita berusaha dan serapi mana kita merancangnya. Kita terpaksa akur. Pasrah pada satu hakikat; takdir sentiasa mengatasi tadbir.

Namun yang pahit tidak semestinya tidak baik. Bukankah ubat itu selalunya pahit? Tetapi pahit ubat itulah yang menyembuhkan.

Begitu juga baja pada tanaman. Baja itu selalunya busuk dan menjijikkan. Tetapi busuk dan jijik pada baja itulah yang menyuburkan dan akhirnya menghasilkan buah.

Lihat yang Tersirat
Tidak semestinya apa yang kita benci membawa keburukan dan apa yang kita suka membawa kebaikan. Firman Allah: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal perkara itu amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal perkara itu amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”(Al-Baqarah 2: 216)

Ilmu kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha luas.
Di sebalik yang kita benci ada kalanya terselit hikmah yang sangat berharga.

Misalnya, kalau tidak sakit, bagaimanakah akan kita mendapat pahala sabar? Kalau selalu cukup, bagaimanakah akan kita mendapat pahala qanaah? Kalau tidak gagal dan kecewa, mana akan dapat pahala reda?

Pahala yang didapati hasil sabar, qanaah dan reda inilah yang akan meningkatkan diri seseorang kepada darjat Mukmin sejati.

Seorang sahabat bernama Abu Zar pernah ditanya apakah yang paling beliau suka dalam kehidupan di dunia ini. Tanpa ragu beliau menjawab, “aku suka lapar, sakit dan mati.” Apabila ditanya lagi mengapa beliau suka ketiga-tiga perkara itu, beliau menjawab, “aku suka lapar kerana pada waktu itu hatiku menjadi lembut. Aku suka sakit kerana ketika itu dosaku diampunkan. Dan aku suka mati kerana pada saat itulah aku bertemu dengan Allah.”

Itulah sikap orang yang arif dengan Allah. Mereka sering nampak sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Mereka nampak ada mutiara di dalam tiram yang berlumpur. Mereka sentiasa percaya selepas kesukaran itu pasti ada kesenangan.

Besarkan Iman dalam Diri
Cara mereka “mengecilkan” ujian adalah dengan membesarkan iman. Dengan iman kita percaya bahawa apa pun yang ditakdirkan Allah berlaku, pasti ada kebaikannya. Sangka baik dalam hati akan “memperbaiki” apa yang dilihat buruk oleh mata dan difikirkan negatif oleh akal.

Percayalah hati kita umpama bumi. Kadang kering-kontang, panasnya membahang. Kadang sejuk dingin apabila hujan menyiram. Selang-seli ini terus datang dan pergi, berulang-ulang.

Alangkah dungunya bagi yang mengharap hujan memanjang tanpa ada panas membahang. Juga yang mengharap hanya ada panas membahang tanpa hujan bertandang.
Inilah dunia. Inilah jiwa. Selang-seli rasa umpama pergiliran cuaca. Tidak ada yang kekal, semuanya sementara.

Segala yang sementara hadapilah dengan sederhana. Pada sukar ada sabar. Apabila sabar muncul syukur. Pada syukur itulah bahagia. Bahagia di hati. Kata orang arif, itulah permulaan syurga!

Kuatkan Jiwa Hadapi Pancaroba
Kita mesti mempunyai jiwa yang kuat untuk menghadapi pancaroba hidup. Untuk itu iman perlu disuburkan selalu. Hidup mesti dipenuhi aktiviti-aktiviti membina dan memperkuatkan iman. Dosa, maksiat dan kemungkaran hendaklah dijauhkan.

Jika tidak, percayalah kita akan menderita dengan pelbagai masalah jiwa. Percayalah tidak akan ada ketenangan dengan menderhakai Allah. Justeru beribadah sebanyak-banyaknya sehingga kita letih dan tidak ada daya lagi untuk melakukan maksiat.

Tekanan jiwa, rasa kekosongan, kemurungan adalah akibat langsung daripada lemahnya iman. Apabila iman lemah ketahanan diri dalam menghadapi hidup turut lemah.

Apabila yang didamba tidak berlaku maka jiwa akan memberontak atau tertekan.

Dia seolah-olahnya mahu jadi “tuhan” yang menentukan hitam putih hidupnya. Padahal pada kita hanya usaha, pada Allahlah segala ketentuan. Apa yang berlaku akan tetap berlaku. Jangan mengharap air hujan naik ke langit!

Yakin Ada Sisi Indah
Jangan cuba mencapai sesuatu di luar kemampuan dan kuasa. Mana mungkin semua berlaku mengikut ketentuan kita! Sedangkan para nabi dan rasul dan para kekasih Allah pun terpaksa berdepan dengan kesusahan dan penderitaan apatah lagi kita.

Nabi Zakaria dan Nabi Yahya lagikan dibunuh, apatah lagi kita, manusia yang penuh kesalahan dan kelemahan.
Jadi, bangunlah, dan hadapilah tentangan.

Percayalah layang-layang hanya akan naik dengan menentang angin. Maka begitulah seharusnya kita. Dengan ujian, kita akan mara ke hadapan. Pahit, masam, manis dan tawar. Itulah asam garam kehidupan.

Yang penting apa yang berlaku di dalam diri kita. Yakni di dalam hati kita sendiri. Pastikan di situ ada iman dan sentiasa mengingati Allah. Bukan sekali-skala tetapi dengan sebanyak-banyaknya.

Sentiasa ada sisi indah pada setiap ketentuan dan ujian Allah. Namun apabila hati jauh daripada Pencipta segala yang dilihat hanyalah keburukan.

Dekatkanlah hati kepada Allah, insya-Allah segala yang dilihat, dihadapi dan dirasai akan menjadi indah. Apabila hati beriman, tidak ada yang dilihat oleh mata, melainkan keindahan!

Wednesday, May 25, 2016

Kacip Fatimah

JOM KENALI HERBA YANG TERKANDUNG DALAM #MAAJUNANGGUNBISTARI #MAB

#KACIPFATIMAH

Nama Saintifik : Labisia Pumila

Khasiat Kacip Fatimah :

✅ Mendorong dan memudahkan kelahiran anak.

✅ Membantu menegangkan dan melaraskan otot perut di kalangan wanita.

✅ Membantu mengetatkan otot faraj dan membantu pada perkembangan kesihatan pembentukan payu dara agar lebih pejal dan tegang.

✅ Mengurangkan kesakitan dan kesukaran kitaran haid.

✅ Digunakan untuk merawat cirit birit dan sakit sendi

✅ Membantu mewujudkan satu kitaran haid yang tetap apabila tempoh gagal hadir diatas sebab-sebab seperti tekanan, penyakit atau apabila pil dihentikan

✅ Mencegah kekejangan dan kerengsaan semasa kesakitkan haid.

✅ Mengimbangkan, membina dan mengharmonikan sistem pembiakan wanita.

✅ Menyokong kesegaran kesihatan bauan faraj (vaginal flora) dan mengelak kerengsaan dan jangkitan.

✅ Menghilangkan keletihan, memudahkan gejala menopaus dan menggalak kesejahteraan emosi.

✅ Memanjangkan jangka tenaga semasa intiman suami isteri.

✅ Membantu menyelesaikan masalah sembelit

✅ Menegangkan kulit dan dinding faraj.

✅ Anti Kesakitan haid (Anti-dysmenorrhoea); membersihkan dan mengelak kesakitan atau sukaran haid

✅ Anti-kembungan, mengusir dan menghalang pembentukan gas.

✅ Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan.

Tuesday, May 24, 2016

Senduduk

JOM KENALI HERBA YANG TERKANDUNG DALAM #MAAJUNANGGUNBISTARI #MAB

#SENDUDUK

Nama Saintifik : Melastoma Malabathricum

Senduduk adalah antara rahsia alam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan antaranya adalah :-

1. Apabila anda mengalami cirit birit - Ambilkan pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulam. InsyaAllah cirit irit akan segera hilang.

2. Masalah keputihan bagi kaum wanita - Keringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya

3. Menghilangkan bintik-bintik cacar - Ambilkan akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang

4. Melegakan luka - Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.

5. Bagi wanita yang baru lepas bersalin - Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim.

6. Mengatasi Buasir - Rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.

7. Melegakan Sakit Gigi - Rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam. Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda.

8. Membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang - Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian. Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar.

Monday, May 23, 2016

Sedekah menambah rezeki

Inai

Lagi herba yang terkandung di dalam
#maajunanggunbistari #mab

#INAI

Nama saintifik : Lawsonia inermis

Antara Khasiat Daun Inai :

1) Daun inai dikatakan mampu digunakan untuk merawat kusta, demam kuning dan kelumumur.

2) Daunnya yang segar dihancurkan dan ditampal pada kaki untuk mengatasi rasa sakit terutamanya penyakit beri-beri.

3) Malah daun inai juga boleh ditampal pada pelbagai penyakit kulit seperti bisul, herpes, lebam, luka selepas dikhatankan, sakit reumatisme, perut kembung, dan jangkitan pada jari dan kuku.

4) Daun inai juga boleh dibuat teh dan sesuai diminum oleh ibu selepas bersalin dan mereka yang mahu menghalang tubuh menjadi gemuk.

5) Air rebusan daun inai boleh digunakan sebagai pencuci mulut untuk mengatasi bengkak dan sakit gusi, diminum untuk merawat demam kuning, penyakit limpa, sakit perut, selepas bersalin, sakit kerongkong, merangsang haid, penyakit kelamin dan penyakit keputihan pada faraj.

6) Bunga pokok inai pula boleh dicampur dengan air mendidih dan air ini dikatakan boleh diminum oleh mereka yang mengalami masalah tidak dapat tidur lena.

7) Buahnya yang muda boleh dibuat ubat salap untuk merawat gatal kulit.

8) Ranting pokok inai pula boleh digunakan untuk menggosok gigi.

Serapat

HERBA YANG TERKANDUNG DI DALAM
#MAAJUNANGGUNBISTARI
#MAB

#SERAPAT

Nama Saintifik : Paramaria Leavigata

Serapat kaya dengan bahan aktif seperti phytoastrogen, tannin dan antioksidan yang sangat diperlukan oleh wanita dewasa.

Khasiat serapat :

✅ Membantu menguatkan otot rahim

✅ Mengetatkan faraj

✅ Menegang dan mengecutkan otot

✅ Membantu melicinkan kulit

✅ Membuang toksik dalam badan

✅ Melancarkan peredaran darah ke organ wanita untuk meningkatkan kadar oksigen bagi kesihatan dan fungsi organ

✅ Melegakan kekejangan otot rahim

✅ Mengatasi kelesuan ketika haid

✅ Membantu memulihkan tenaga