MAB boleh berfungsi sebagai satu ikhtiar untuk hamil????
dan
MAB boleh bertindak untuk menjarakkan kehamilan????
Ramai yang keliru dengan fungsi MAB ini. Tidak kurang juga yang memandang sinis .
Tapi.... MAB telah membuktikannya. Alhamdulillah, kita berikhtiar, DIA yang menentukan.
Apa yang membezakan antara 2 matlamat di atas ialah CARA MAKAN MAB
1) Jika anda mengambil MAB sebagai ikhtiar untuk hamil, maka hendaklah berhenti mengambil MAB setelah period benar-benar teratur. Ini kerana, jika period kita teratur ia memberi petunjuk bahawa rahim kita adalah sihat dan sudah bersedia untuk hamil.
2) Jika anda mengambil MAB untuk menjarakkan kehamilan, teruskan pengambilan MAB sehingga anda betul-betul bersedia untuk menimang cahaya mata. Selagi anda mengamalkan MAB, insyaAllah anda selamat.
Semoga penjelasan saya dapat difahami dengan jelas. Terima kasih atas sokongan anda..... Jangan segan silu untuk mendapatkan penjelasan dari saya, sekiranya anda masih ragu-ragu.
Saya terpanggil untuk share bersama my love and hate relationship dengan period saya. Sejak pertama kali datang bulan pada umur 12 thn,setiap kali dapat period, saya sakit . Bukan sakit period biasa yang sakit pinggang dan sakit perut tu, tapi lebih dari itu .
Masa saya duduk asrama dulu, seminggu sebelum saya dtg bulan, saya dah muntah2 , tak boleh jalan , badan lemah sangat sebab tak boleh makan, tak boleh makan langsung, bau food pun tak boleh . Bila dah tak makan tu, perut masuk angin…bayangkan lah sakitnya macam mana. Selalunya 2 minggu saya sakit selagi darah tak bersih. Selalunya warden saya terus panggil ambulan suruh ambik saya masuk hospital kat JB dulu. Masa zaman sekolah kat sinila, mcm2 tuduhan cikgu saya lemparkan kat saya. Dia kata saya buat2 sakit sebab tak nak pergi sekolah lah, tak nak ambik periksa lah. ... saya ponteng sekolah lah sebab tak buat kerja sekolah lah. Pada hal masa dia dtg kat asrama saya tuh, dia nampak saya terbaring atas katil , dengan muntah saya bersepah2 kat lantai , dengan food yang langsung saya tak jamah… ( sampai sekarang saya doa cikgu tu, kalau dia ada anak perempuan, biar anak perempuan dia sakit mcm saya)
Bila nak ambik SPM ,Doktor kasi saya makan pil perancang, supaya tak sakit. Saya makan selama 7 bulan. Tapi akibatnya badan saya gemuk.
Kemudian, masa saya buat A – Level, doctor hospital kasi saya satu pil hormone. Saya tak ingat knp doctor kasi saya ubat tu, tp memang saya tak period langsung. Saya ambil lama sebab saya tak nak ganggu pelajaran saya. Akibatnya , badan saya lebih gemuk dan badan saya berbulu-bulu di tempat yang tak sepatutnya berbulu :P. tapi saya selalu piker, nak cantik ke , nak sakit dan tak dapat pergi sekolah… of course saya pilih, supaya tak nak sakit lagi!
Masa saya di U dulu, memang persekolahan saya terganggu . tp lama saya ambik pil hormone lelaki tu.
Kemudian bila masuk zaman kerja , setiap bulan saya akan ambil 2 atau tiga hari MC. Nasib baik dpat boss yg paham.
Tapi paling teruk sekali masa 14 December 2004. Saya ingat sgt tarikh ni sebab saya hampir mati. Saya kerja di office lewat malam masa tu bila tiba2 saya rasa sesak nafas. Bila saya pergi klinik, doctor suruh saya pergi hospital UH dengan cepat sebelum 15 minit sebab paru2 saya sebelah kanan dah 70% collapsed dan sebelah kiri 30% collapsed. Meaning ada kebocoran paru –paru sebelah kanan, yang menyebabkan udara yang saya inhale tidak keluar melalui mulut, tetapi udara hanya keluar di sekitar lung frame. Kalau kedua2 paru2 saya 100% collapse, dan udara yang penuh di ruangan lung frame saya boleh menyebabkan jantung saya gagal mengembang, akibatnya adalah fatal. Mati.
Doktor di emergency unit kata saya kena sudden pneumothorax. Benda ni hanya jadi kalau kena accident dan dada crashed dekat dashboard ( sebab mangsa-mangsa accident je kena ni) atau jatuh dengan kuat, atau batuk atau kalau perokok. Malam tu di UH, doctor masuk kan tiub ke lung frame saya untuk keluarkan angin dari lung frame saya. Sakitnya tak terperi sebab doctor tak boleh pengsan kan saya pun, memang prosedur dia mcm tu doctor cakap. Saya duduk di wad selama 7 hari sehingga paru-paru saya sihat. Selepas tu, Doktor di UH refer saya untuk pergi ke IJN untuk buat treatment. Setiap minggu saya kena buat check up sebab Doctor puzzled knp saya boleh kena pneumothorax.
Pada masa yang sama, saya kerap kena sudden pneumothorax sehingga 3 kali selepas tu saya di masukkan semula ke IJN untuk treatment. Tapi lama –kelamaan, doctor buat conclusion yang saya ni kena CATAMENIAL PNEUMOTHORAX, condition di mana paru-paru saya akan pecah setiap kali saya period, sebab saya akan kena serangan pneumothorax ni setiap kali saya datang bulan . Pneumothorax ni tak ada ubat sebab ini adalah medical condition bukannya penyakit. So setiap kali datang kotor, saya kena berhati-hati selalu contohnya saya tak akan pergi ke tempat2 yang jauh dari hospital sebab doctor ckp, bila 2 masa kalau saya lambat ke hospital, saya boleh mati. Doktor suggest mungkin saya kena pneumothorax ni sebab saya terlampau sakit dan paru-paru saya jadi distress. Hehhehe, jadi dia sarankan saya ambil synflex 2 minggu sebelum datang kotor .
Bila saya jumpa MAB ni, kak Alin angah sarankan saya ambil 6 bulan dulu untk tgk kesan dia. Pertama kali saya ambil, pada hari period ketiga, tetapi period saya meleret2 sehingga dua minggu dan darah saya sangat hitam , DARAH KETUL SEBIJIK IBU JARI TU JANGAN CAKAP LAH . Saya memang tak sangka , DALAM MASA SEBULAN , senggugut jahat ni hilang!
Kak Alin faham tak perasaan saya , kenapa saya menangis? happynyaaa semalam. Sekali medical checkup kat hospital IJN tu RM180.00, tiap2 minggu saya buat pulak tu…... kalau one week duduk hospital , bill saya RM8k..… Ya Allah bersyukurnya saya pada Allah.
Di harap kalau ada yang baca cerita saya ni, yang ada anak-anak perempuan atau kawan-kawan yang sakit senggugut, hadiahkan lah dorang tu sebotol MAB. Orang mcm saya je yang paham sakitnya mcm mana senggugut tu.
Maaf Kak Zal, amik banyak ruang pulak.- ana
Badan sentiasa letih dan lesu?????
Kurang intim untuk "bersama"????
Kurang selesa dengan alat perancang keluarga yang ada di pasaran?????
Kongsi cerita 1
Saya sekarang dah masuk botol ke-3 dah MAB ni. Saya dalam kategori subur jugak la sebab anak berderet 3 tahun setahun sorang. Yang paling kecik 9 bulan. Sebelum ni saya ambik injection depo yang 3 bulan sekali tu. Ada juga plan nak pakai impanon. Berkesan tu memang berkesan, tapi badan penat tu...tak payah nak cakap. Maklum la anak saya 3 orang dan kecik-kecik lagi. Saya pulak tak ada maid, so kerja rumah semua kena settlekan sendiri dengan bantuan hb. Tapi dalam masa yang sama, anak-anak pun perlukan perhatian kita jugak.
So, bila saya terbaca tentang MAB kat sini, saya tergerak untuk cuba sebab memang dah lama saya cari produk yang ada ciri2 macam ni. Masa makan botol yang pertama dan kedua, tak berapa nampak sangat hasilnya. Mula-mula tu, saya rasa pening-pening sikit dan period pun tak berapa betul. Saya tak ada masalah keputihan, tapi masa tu macam ada sikit walaupun tak serius. Tapi saya teruskan jugak sampai botol yang ke-3. Bila masuk ke-3 tiga, makin banyak perubahan positif. Badan rasa ringan dan sihat. Biasanya malam-malam tu, dalam pukul 10, hb saya dah terkelip-kelip mengantuk, mata saya segar bugar lagi buat kerja rumah. Sebelum ambik MAB ni jangan cakap la, balik opis je, lembek... Lepas tu, saya menyusukan anak sepenuhnya. Susu saya pulak bertambah banyak dari sebelum ni. Alhamdulillah...
Jadi, pada yang baru mencuba MAB tu, teruskan dan hasilnya akan lebih ketara bila dah masuk botol ke-3 nanti... Yang masih bercadang-cadang tu pun, cuba la dulu, baru tau.. - Umi_arif
Kongsi cerita 2
Saya baru ada sorang anak, skrg dia dah 2 tahun. Dulu, lepas pantang, saya merancang dgn Yasmin, tapi sempat 2 bulan jer. pastu, tak rasi ngan badan-muntah2+pening+cirit birit. Then, saya switch to MAB. Saya HANYA makan MAB-tak dicampur langsung dgn pil perancang lain, Alhamdulillah, mmg 'selamat'@ tiada pertambahan anak lg.hehe. itu yg penting.Saya amik MAB utk merancang. tapi byk pulak benefit lain yg saya dapat antaranya:-
1. Murah compare ngan pil perancang lain (yasmin etc).
2. Saya tak perlu susah hati akan gemuk sbb MAB mmg TIDAK mengemukkan (berat saya maintain-52kg tinggi 164cm), oklah tu kot. :-)
2. Breast firm & terletak & baru mlm td hubby tegur cakap ***************oh, saya xde mkn ubt lain yer.
3. Saya jarang penat.
4. Tido mlm mmg lena, kalu dulu, sikit2 terjaga.
5. Time 'bersama' mmg besh.***************-hubby suka. sampai dia yang suruh saya continue makan mab.hubby siap panggil saya ratu jamu.hahaha
6. kawan2 opis nampak perubahan saya, saya tak pandai promote so saya bg diorang cuba then diorang mmg rasa sendiri kebaikan mab, pastu secara automatik, tiap2 bulan saya jadi supplier. hehe....
Maajun Anggun Bistari (MAB) ialah produk tradisional yang dibuat daripada herba, rempah ratus dan madu. Ia bertindak menjaga kesihatan dalaman wanita.
Keistimewaan MAB berbanding dengan maajun tradisional yang lain ialah, mampu bertindak sebagai pil perancang kehamilan sama ada untuk menjarakkan kehamilan ataupun untuk memperolehi zuriat dengan mengikut disiplin makan yang betul. Pada masa yang sama wanita yang mengamalkannya akan memperolehi kesan sampingan yang amat mengujakan seperti badan terasa ringan bertenaga dan merapatkan hubungan suami isteri.
Sebotol MAB mengandungi 21 biji dengan harga RM 15. Setiap hari perlu makan sebiji MAB sahaja. Setelah habis 21 biji, rehat daripada mengambil MAB selama 7 hari. Bermakna, hanya sebotol MAB diperlukan untuk sebulan.
1. Merancang keluarga 2. Merawat keputihan 3. Memelihara peranakan 4. Membuang darah kotor/period lama/nifas lama 5. Teraturkan period 6. Awet muda 7. Mencantikkan kulit 8. Menegang payu dara 9. Melancarkan peredaran darah 10. Menambah tenaga 11. Mengawal kolesterol dalam darah 12. Mengawal berat badan 13. Melawas buang air besar 14. Merapat hubungan suami isteri
1. Mula makan botol pertama pada hari ke 3, 4 atau 5 period.
2. Makan 1 biji sahaja sekali/sehari sama ada pagi/malam setiap hari selama 21 hari. Selepas habis, rehat selama 7 hari dan selepas itu sambung botol ke 2 dan seterusnya, tanpa menunggu period. i) Kes makan malam. Jika habis makan malam Ahad, sambung botol kedua pada malam Ahad depan. ii) Kes makan pagi. Jika habis makan pagi Ahad, sambung botol kedua pada pagi Ahad depan.
3. Bagi yang tidak didatangi darah haid, boleh terus mula makan botol pertama tanpa menunggu period.
4. Bagi yang lepas pantang, mula makan botol pertama pada hari ke 44 selepas bersalin
5. Bagi yang ambil pil perancang, habiskan pil tersebut dan semasa hendak ganti pil, terus ganti dengan MAB dan tak perlu lagi tunggu period. MAB juga boleh dimakan bersama pil.
6. Bagi yang merancang menggunakan IUD: i) Kes yang yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan. ii) Kes IUD yang belum expired dan ada period, mula makan pada hari ke 3, 4, atau 5 period.
7. Bagi yang merancang mengguna injection: i) Kes belum/baru expired, dapat MAB boleh terus makan pada period hari ke 3, 4, atau 5. ii) Bagi yang tidak period dapat MAB dan terus mula makan.
8. Kes lupa makan: i) Makan Waktu Malam. Lupa makan malam, pagi besoknya ambil 1 biji sebagai ganti. Jika masih lupa juga paginya, malam perlu ambil 2 biji sekali. ii) Makan Waktu Pagi. Lupa makan pagi, malamnya ambil 1 biji sebagai ganti. Jika masih lupa malamnya, pagi besok perlu ambil 2 biji sekali.
9. Dalam kes untuk mendapatkan anak, MAB perlu diambil selama 6 bulan (6 botol). 3 bulan pertama MAB akan bertindak untuk merawat. 3 bulan yang kedua MAB akan bertindak untuk menyubur. Setelah 6 bulan, period mula teratur dan boleh berhenti mengambil MAB. Jika selama 6 bulan, period masih tidak teratur, teruskan mengambil MAB sehingga period teratur.
Peringatan
Untuk yang mengambil MAB bagi merancang keluarga, MAB hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam. Bagi kes yang lupa makan perlulah berhati-hati supaya tempoh pengambilan tidak melebihi 24 jam.
Jika sedang makan MAB didatangi period, tidak perlu berhenti, terus sambung makan sehingga habis 21 biji dan baru berhenti 7 hari sebelum sambung semula botol ke 2 dan botol seterusnya.
Jika anda mematuhi aturan makan MAB insyaalah dapat membantu sebagai kaedah merancang keluarga anda. Selamat Mencuba dan Terima Kasih.
Apabila anda mengambil MAB, ia akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. Proses ini dinamakan tindak balas awal. Antara tindak balas yang berlaku ialah:
Kekerapan membuang air besar dan keluar angin. (membuang toksin dan angin dalam badan)
Period tidak menentu. Kadang banyak kadang setitis. (merawat rahim)
Darah period yang banyak, berketul, berwarna hitam. (membersihkan rahim)
Tidak lalu makan dan cepat kenyang. (memecahkan lemak yang sedia ada)
Selera makan bertambah terutama bagi ibu menyusu.(tidak perlu risau kerana ia tidak lama dan akan kembali normal setelah MAB serasi dengan badan)
Rasa mengantuk
Rasa letih dan lenguh-lenguh
Sakit kepala
Perlu difahami bahawa tindak balas adalah berbeza bagi setiap pengguna mengikut tahap kesihatan dan keperluan badan masing-masing. Tindak balas ini akan hilang apabila MAB telah serasi dengan badan anda.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kehadrat-Nya kerana telah menemukan saya dengan MAB yang memberi harapan baru dalam hidup saya.
Suka saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kehebatan MAB, produk tradisional sumber alam semula jadi ciptaan Yang Maha Pencipta.
"Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti." (al-Jathiah:13)
Memo
Rintihan Hamba
Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku, tetapkan lah aku berada di atas jalan-Mu......
Sila sertakan maklumat anda: 1. Nama dan alamat lengkap 2. Nombor telefon 3. Kuantiti yang diperlukan
Pesanan akan dihantar melalui: 1. Pos laju RM 6 - 1@2 hari 2. Pos berdaftar RM3 - 3@4 hari 3. Temu janji di kawasan berhampiran (Puchong Perdana, Puchong Permai, Puchong Prima, USJ dan Subang Jaya)
Adakah wanita yang belum berumah tangga boleh mengambil MAB?
Ya sudah tentu. MAB sesuai untuk semua golongan wanita yang berumur 18 tahun ke atas, termasuk yang belumberumah tangga, sudah berumah tangga dan golongan tua yang telah monopouse.
Apakah yang dimaksudkan dengan rehat seminggu selepas habis sebotol MAB?
Pengambilan MAB perlu diberhentikan selama seminggu (7 hari) sebelum sambung kepada botol seterusnya. Ini bermaksud jika hari terakhir mengambil MAB ialah hari ahad, sambung botol seterusnya pada ahad depan.
Adakah saya perlu meninggalkan solat selama sebulan, sekiranya period saya tidak berhenti dalam tempoh tindak balas MAB?
Maksimum kiraan period hanyalah 15 hari. Anda perlu menunaikan solat seperti biasa selepas kiraan 15 hari period. Ini kerana pada hari ke 16 ia tidak dikira period, tetapi ia dipanggil istihadhah (darah penyakit). Ini merupakan tindak balas MAB untuk menyucikan rahim dan membuang darah kotor.
Fungsi MAB adalah untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Dalam masa yang sama MAB akan bertindak balas mengikut tahap kesihatan penggunanya.
Salah satu tindak balasnya ialah mampu mengawal selera makan serta membuang lemak dan toksin dalam badan.Secara tidak langsung, tindak balas ini mampu untuk mengurangkan berat badan. Ramai pengguna MAB telah mengalami kesan ini.
Tapi perlu diingat, MAB bukan ubat untuk menguruskan badan. Jika anda mengambil MAB semata-mata untuk menurunkan berat badan, anda perlu membetulkan semula niat anda.
MAB berfungsi untuk mengembalikan kesihatan dalaman wanita. Jika anda dapat menurunkan berat badan dengan mengambil MAB, itu adalah bonus.
“Saya masih menyusukan anak. Setelah mengambil MAB, selera makan saya semakin bertambah. Adakah ia tindakbalas biasa MAB? Adakah berat badan saya akan bertambah?”
Dalam kes ibu yang menyusu, saya bawakan untuk anda testimoni Puan Sal yang merupakan pengguna dan dealer MAB.
Salam kak Jannah,
Saya masa mula-mula makan MAB dulu..masih menyusu anak yg kecil. Memang pada awalnya selera makan bertambah dari biasa. Pengeluaran susu badan memang takde masalah.
Tapi sedikit demi sedikit selera makan tu berkurang dengan sendirinya dan tanpa disedari berat badan saya berkurang...saya sendiri tak sedar, orang lain yang perasan
p/s: saya ada pengalaman, seluar jeans yg hampir setahun lebih tak dapat pakai..lepas makan MAB 4-5 botol, akhirnya dah boleh pakai sampai skrg.