Tuesday, November 8, 2016

Habbatus Sauda' dan Kencing Manis

BISMILLAH......

[HABBATUS SAUDA MENCEGAH KENCING MANIS]

Nigella sativa atau habbatus sauda dengan bahan aktifnya Thymoquinone mempengaruhi paras gula dan insulin di dalam badan. Ini adalah bahan yang mencegah penyakit kencing manis.
Beberapa kajian telah dilakukan untuk mengkaji kesan-kesan Habbatus Sauda pada paras gula di dalam darah. Kajian-kajian ini telah dilakukan ke atas beberapa haiwan, termasuk arnab, kambing, dan tikus. Keputusan kajian-kajian ini sangat memberangsangkan kerana telah menunjukkan kesan yang penting terhadap paras gula iaitu dapat menurunkan paras gula di dalam darah setelah diberikan Habbatus Sauda’ untuk sekurang-kurangnya 48 jam. Kesan tersebut akan terus meningkat apabila Habbatus Sauda diberikan untuk tempoh yang panjang, iaitu sehingga beberapa minggu. Oleh sebab itu, pada masa kini Habbatus Sauda digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk diabetes.
Pada tahun 2002, kajian yang dilakukan di Gifu Universiti di Jepun telah membuktikan bahawa Habatus Sauda’ boleh digunakan sebagai rawatan Type 2 diabetes. Pada tahun 1991, Kuwait Universiti telah menjalankan kajian ke atas mekanisma aktiviti Nigella Sativa berkaitan dengan diabetes. Mereka menjumpai bahawa ekstrak Habbatus Sauda’ adalah ubat yang sesuai digunakan untuk merawat penyakit diabetes yang tidak memerlukan insulin. Pada tahun 2003, tiga fakulti di Van, Turki, dan pada 2004 di Faculty of Medicine, Universiti Zonguldak Karaelmas, Zonguldak mengesahkan bahawa Nibella Sativa dapat menurunkan paras gula di dalam darah kepada paras normal bagi arnab yang menghidapi diabetes.

No comments:

Post a Comment