Tuesday, May 24, 2016

Senduduk

JOM KENALI HERBA YANG TERKANDUNG DALAM #MAAJUNANGGUNBISTARI #MAB

#SENDUDUK

Nama Saintifik : Melastoma Malabathricum

Senduduk adalah antara rahsia alam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan antaranya adalah :-

1. Apabila anda mengalami cirit birit - Ambilkan pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulam. InsyaAllah cirit irit akan segera hilang.

2. Masalah keputihan bagi kaum wanita - Keringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya

3. Menghilangkan bintik-bintik cacar - Ambilkan akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang

4. Melegakan luka - Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.

5. Bagi wanita yang baru lepas bersalin - Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim.

6. Mengatasi Buasir - Rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.

7. Melegakan Sakit Gigi - Rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam. Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda.

8. Membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang - Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian. Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar.

No comments:

Post a Comment