Saturday, October 8, 2016

Jom Gempur Keputihan

[JOM GEMPUR MASALAH KEPUTIHAN DENGAN MENGGUNAKAN Maajun Anggun Bistari

Ramai wanita tak ada kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap sebagai suatu petanda biasa sebelum kitar haid. Jom semak dulu beberapa faktor keputihan⬇

1. Tak bersih
Cuci bahagian sulit dengan air bersih dan pastikan kering selepas membuang air kecil atau selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

2. Hormon
Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit keputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:

a. Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.

b. Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan mikro organisma patogen seperti bakteria atau kulat.

c. Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkoordinasi penghasilan hormon yang seimbang.

d. Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah.

3. Gaya Hidup
Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.

4. Penyakit
Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS, barah, leukemia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.

No comments:

Post a Comment