Saturday, May 21, 2016
Friday, May 20, 2016
Jom ubah kegagalan jadi kejayaan!
www.irfankhairi.com
Bagaimana saya ubah kegagalan menjadi kejayaan dalam Perniagaan Internet
24 June, 2015
Tahun 2000 adalah tahun pertama saya memulakan perniagaan Internet saya. Wah… sudah 15 tahun kini! Namun, perjalanan saya bukan terus mudah dan mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet. Selama satu tahun pertama, saya hanya berjaya mendapat 3 pelanggan berbayar sahaja- Pelanggan berbayar… pelanggan buat kerja secara percuma memang ada! 😉
Ketika itu, perniagaan Internet saya adalah perniagaan reka cipta (graphic design) oleh kerana sememangnya itu latar belakang pendidikan saya di University.
Tahun 2000 adalah tahun agak penting untuk Internet oleh kerana ketika itu begitu banyak perniagaan-perniagaan online bermula. Mungkin ada yang kata, ketika itu tidak ramai pesaingan maka, mudah untuk memulakan perniagaan dan mencapai keuntungan.
Namun, perlu diingatkan pada tahun 2000, pengguna Internet hanyalah seramai 360juta pengguna sahaja! Jika di bandingkan dengan hari ini, lebih 3bilion pengguna Internet, iaitu 10x ganda dibandingkan 15 tahun dulu.
ubahgagal
Seperti yang disebutkan pada tahun pertama saya hanya berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja. Soalannya bagaimana saya berjaya mengubahkan kegagalan tersebut menjadi kejayaan sehingga mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam masa 3 tahun kemudian? Jawapannya…
1. Lakukan apa yang anda minat
Minat saya pada reka grafik adalah sejak kecil lagi. Alhamdulillah diberi bakat Allah SWT dalam bidang seni grafik/lukis. Di sekolah agama, sekiranya pertandingan tulisan khat, selalunya InsyaAllah saya menjadi juara. Di sekolah menengah pula, menjadi presiden kelab seni lukis. Menambung pendidikan di University di United Kingdom juga dalam bidan Multimedia Graphic Design.
Pendek kata, memang minat saya dalam bidang grafik sejak kecil hingga kini.
Mengapa ini penting adalah, sekiranya kita melakukan sesuatu yang kita tidak minat, pastinya amat mudah dan pantas kita berputus asa. Walaupun saya mendapat 3 pelanggan untuk hasil kerja grafik saya dalam masa setahun, bagi saya ianya memadai oleh kerana saya lakukannya kerana minat.
Sekiranya melakukan kerja atau usaha tanpa minat dan kesungguhan, pastinya pada tahun pertama, saya sudah putus asa dan tidak menjalankan perniagaan Internet grafik yang dilakukan. Oleh itu… JANGAN PUTUS ASA!
2. Ketahui ada sebab kita gagal
Buang rasa ego atau terasa diri sudah pandai. Ada sebab mengapa kita gagal. Sekiranya kita fikirkan kita sudah pandai dan tahu segalanya (ego yang tinggi), maka, tiada ruang untuk memperbaiki diri kita. Kesilapan saya yang mengakibatkan kegagalan dalam perniagaan adalah kelemahan saya dalam ilmu perniagaan.
Dalam erti kata lain, pada tahun 2000 apabila saya memulakan perniagaan Internet, saya “main redah” sahaja. Tanpa ilmu yang betul, tanpa cara yang terbaik dan tanpa strategi yang sebenar. Akibatnya, pastinya perniagaan akan gagal.
Kekurangan ilmu ini membuatkan saya tekad mencari ilmu perniagaan Internet sebenar dan belajar dari mereka yang berjaya dalam perniagaan Internet. Ketika itu, saya melaburkan beribu-ribu ringgit juga untuk mencari ilmu perniagaan Internet yang sebenar. Mujur ketika itu saya bekerja fulltime sebagai Multi Media Designer di sebuah syarikat dan mempunyai gaji untuk dilaburkan mencari ilmu. Perniagaan Internet ketika itu adalah secara part-time. Oleh itu… CARI ILMU TANPA HENTI!
3. Aplikasikan ilmu serta merta
Sering saya dengar dan lihat orang ramai yang rajin membaca, menghadiri seminar, mencari ilmu, tetapi tidak mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Memang bagus mencari ilmu, tetapi, sedihnya bila ramai yang mempunyai ilmu, tidak cuba mengaplikasikan ilmu yang di cari. Tidak henti-henti mencari ilmu, namun tidak TAKE ACTION!
Mungkin anda pernah kenali orang sebegini?
Ketika remaja lagi, saya suka membaca buku-buku motivasi. Dan dalam semua buku motivasi menyebut pentingnya menetapkan matlamat. Namun dalam semua buku motivasi juga mengatakan pentingnya untuk mengambil tindakan (take action), barulah matlamat akan tercapai!
Begitu juga dengan ilmu yang kita pelajari. Sekiranya ilmu yang dipelajari hanyalah untuk mengembangkan ilmu di dada, sememangnya tidak salah. Tetapi, sekiranya ilmu yang dipelajari adalah untuk mengembangkan pendapatan, ekonomi, kekayaan dan kejayaan perniagaan, maka segalanya perlu diaplikasikan.
Aplikasikan ilmu dan take action tanpa putus asa. Ada juga yang mengaplikasikan ilmu, kemudian, lihat masih sukar, mereka akan putus asa. Action perlu disertakan dengan konsisten, bukan hangat-hangat tahi ayam. Oleh itu… TAKE ACTION SEKARANG!
3 tip di atas adalah 3 perkara penting yang saya lakukan sejak 2000 hingga kini. Sememangnya bunyi mudah, tetapi tidak dinafikan, adakalanya ianya susah untuk dibuat. Perlu ingat, sekiranya mudah, pastinya semua orang sudah berjaya kini. Tetapi, oleh kerana ianya sukar, maka mereka yang melalukan sesuatu ekrana minat, mereka yang sering mencari ilmu dan mereka yang terus mengaplikasikan ilmu di dada… mereka lah yang akan berjaya!
Thursday, May 19, 2016
5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Perniagaan Internet
5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Perniagaan Internet
www.irfankhairi.com
25 June 2015
Pernah terfikir untuk memulakan perniagaan Internet? Apabila melihat rakan-rakan yang sudah menjalankan perniagaan Internet dan mendapat untung, memang terasa best. Tetapi, dalam diri sendiri, mungkin tiada keyakinan untuk memulakannya. Tidak punyai keyakinan diri seringkali datang kerana kurangnya ilmu dan pengetahuan dalam sesuatu itu. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.
Perkongsian saya kali ini adalah untuk mengenalkan anda dengan perniagaan Internet dengan memberi 5 sebab utama mengapa ANDA JUGA perlu memulakan perniagaan Internet…

SEBAB #1: Kerjaya yang TERJAMIN
Ramai yang mungkin kata ianya risiko menjalankan perniagaan Internet dan merupakan kerjaya yang tidak terjamin. Bagi saya dan ramai usahawan diluar sana, risiko kecil sememangnya ada, tetapi ianya berbaloi. Bukan hanya kerana pulangan rezeki perniagaan 9/10 yang kita boleh dapat, tetapi apabila mengetahui selok belok perniagaan, ia memberi keyakinan kepada diri kita sendiri memulakan apa sahaja perniagaan.
Mungkin ada kalanya perniagaan gagal, namun, dengan mengetahui selok belok perniagaan Internet, pada bila-bila sahaja kita boleh memulakan perniagaan Internet tidak kira di manapun dan menjadikannya kerjaya yang terjamin.
SEBAB #2: Lakukan apa yang ANDA SUKA
Sekiranya anda berminat dengan fesyen, ia boleh menjadi perniagaan anda. Sekiranya anda minat muzik, muzik boleh menjadi perniagaan anda. Sekiranya anda berminat sukan, tiada masalah menjadikan sukan sebagai usaha perniagaan anda.
Adakalanya kerjaya kita kini bukan mengikut minat dan kesukaan kita. Namun kita terpaksa melakukannya untuk menyara hidup dan diri kita dan keluarga.
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kerja yang anda lakukan kini, apa kata anda cuba sekurang-kurangnya separuh masa mempelajari berniaga apa yang anda minat di Internet!
SEBAB #3: Pasaran yang lebih BESAR
Tidak lagi seperti membuka kedai yang mungkin memakan kos yang tinggi hingga beribu ringgit, dan mendapat pelanggan terhad yang hanya berkunjung di kawasan kedai anda. Pastinya anda juga tahu, dengan membuka “kedai” di Internet, walaupun hanya menggunakan blog atau Facebook yang sememangnya percuma, anda boleh mencapai pelanggan bukan sahaja setempat, tetapi seluruh Malaysia dan menjangkau seluruh dunia. Semua hanya dari keselesaan rumah anda.
Pernahkah anda terbayang mempunyai perniagaan global? Internet memudahkan cita-cita anda ini.
SEBAB #4: Tingkatkan PENJIMATAN
Sekiranya berumah tangga dan mempunyai anak kecil, dengan menjalankan perniagaan Internet yang berjaya, anda dapat mengurangkan perbelanjaan keluarga. Mungkin salah seorang suami atau isteri dapat menjalankan perniagaan Internet dari rumah dan menguruskan perihal keluarga dengan lebih lancar dan kos efektif.
Ini adalah satu perkara yang agak menarik, tambah-tambahan dengan kos membesarkan anak dan juga kos sara hidup yang semakin meningkat.
SEBAB #5: Tingkatkan PENDAPATAN
Jika bekerja makan gaji, mungkin amat sukar mencapai kebebasan kewangan yang sering diimpikan. Sukar kita dengar kisah lahirnya seorang jutawan dengan kerja makan gaji. Ini kerana, apabila bekerja, kita terhad kepada masa dan pendapatan yang diterima.
Namun, apabila berniaga, pendapatan tidak mempunyai had. Sering kita dengan usahawan online yang berpendapatan 5 angka sebulan, tetapi, mereka tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi. Ada juga kita dengar kisah jutawan Internet dilahirkan melalui berniaga online – tanpa kos yang besar dan bangunan pejabat yang mewah.
Tuesday, May 17, 2016
Ayuh maju bersama MAB Power Network
Kita ialah apa yg kita fikirkan...💪�💪�💪�
Fikir bagus2 dan baik2 utk diri kita, insyaAllah yg baik2 dan yg bagus2 akan menyerlah.
Bisness membantu utk belajar jadi lbh yakin dan berani.
Ayuh kawan2💪�💪�💪�💪�
Bergerak bersama MAB POWER NETWORK.
berganding bahu bersama🚀🚀🚀🚀🚀