Sunday, February 8, 2009

Cara makan MAB


1. Mula makan botol pertama pada hari ke 3, 4 atau 5 period.

2. Makan 1 biji sahaja sekali/sehari sama ada pagi/malam setiap hari selama 21 hari. Selepas habis, rehat selama 7 hari dan selepas itu sambung botol ke 2 dan seterusnya, tanpa menunggu period.
i) Kes makan malam. Jika habis makan malam Ahad, sambung botol kedua pada malam Ahad depan.
ii) Kes makan pagi. Jika habis makan pagi Ahad, sambung botol kedua pada pagi Ahad depan.

3. Bagi yang tidak didatangi darah haid, boleh terus mula makan botol pertama tanpa menunggu period.


4. Bagi yang lepas pantang, mula makan botol pertama pada hari ke 44 selepas bersalin


5. Bagi yang ambil pil perancang, habiskan pil tersebut dan semasa hendak ganti pil, terus ganti dengan MAB dan tak perlu lagi tunggu period. MAB juga boleh dimakan bersama pil.

6. Bagi yang merancang menggunakan IUD:
i) Kes yang yang tidak ada period, dapat MAB boleh terus makan.
ii) Kes IUD yang belum expired dan ada period, mula makan pada hari ke 3, 4, atau 5 period.

7. Bagi yang merancang mengguna injection:
i) Kes belum/baru expired, dapat MAB boleh terus makan pada period hari ke 3, 4, atau 5.
ii) Bagi yang tidak period dapat MAB dan terus mula makan.


8. Kes lupa makan:
i) Makan Waktu Malam. Lupa makan malam, pagi besoknya ambil 1 biji sebagai ganti. Jika masih lupa juga paginya, malam perlu ambil 2 biji sekali.
ii) Makan Waktu Pagi. Lupa makan pagi, malamnya ambil 1 biji sebagai ganti. Jika masih lupa malamnya, pagi besok perlu ambil 2 biji sekali.

9. Dalam kes untuk mendapatkan anak, MAB perlu diambil selama 6 bulan (6 botol). 3 bulan pertama MAB akan bertindak untuk merawat. 3 bulan yang kedua MAB akan bertindak untuk menyubur. Setelah 6 bulan, period mula teratur dan boleh berhenti mengambil MAB. Jika selama 6 bulan, period masih tidak teratur, teruskan mengambil MAB sehingga period teratur.

Peringatan

Untuk yang mengambil MAB bagi merancang keluarga, MAB hanya memberi perlindungan sehingga tempoh 24 jam. Bagi kes yang lupa makan perlulah berhati-hati supaya tempoh pengambilan tidak melebihi 24 jam.

Jika sedang makan MAB didatangi period, tidak perlu berhenti, terus sambung makan sehingga habis 21 biji dan baru berhenti 7 hari sebelum sambung semula botol ke 2 dan botol seterusnya.


Jika anda mematuhi aturan makan MAB insyaalah dapat membantu sebagai kaedah merancang keluarga anda. Selamat Mencuba dan Terima Kasih.


Jom la cuba. Mana tau serasi……

6 comments:

  1. salam nak tnye... sye baru je makan 13 biji, tp ari ni plak period, so sye nak sambung or berhenti makan.. macam mne ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika sedang makan MAB didatangi period, tidak perlu berhenti, terus sambung makan sehingga habis 21 biji dan baru berhenti 7 hari sebelum sambung semula botol ke 2 dan botol seterusnya.

      Delete
  2. Sis kalau makan mab ni ada pantang makan x.. cth xbole minum ais2.. ada x sis

    ReplyDelete
  3. salam ..maaf nak tanya,saya ada masalah period x tetap dlm tempoh yg lama..saya dah makan sebotol..alhmdlillah period 19hb julai period.. harini 6/8 masih ada darah..pekat sgt..normal ke?lepastu saya sepatutnya makan MAB utk botol kedua rabu minggu lalu(dah 5 hari xmkn) bila sy nk mkn balik MAB ni ye?

    ReplyDelete
  4. Salam sis.. Saya baru nak mula makan mab bln depan sbb skrg tgh makan pil farmasi.. Kan hbs je pil farmasi tu terus mkn mab kan.. Walaupun makan mab tgh period kena teruskan jekan.. Pastu hari ke 21 hbs rehat 6 hari kan.. Dlm masa rehat 6hari tu klu x period camne ye..

    ReplyDelete
  5. Kalau wanita yg dh menopos boleh ke amalkan mab ni

    ReplyDelete