Friday, January 22, 2016

Kenali Maajun Anggun Bistari (MAB)

MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB)
MAB adalah produk tradisional dibuat dari herba, rempah ratus dan madu. kegunaan MAB pada asasnya adalah untuk family planning. Walaubagaimana pun MAB juga bertindak sebagai ubat multipurpose dalam penjagaan kesihatan dalaman/kecantikan wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga. MAB juga merupakan salah satu alternatif bagi orang yang kurang selesa dengan kaedah family planning moden. Keberkesanannya dalam family planning adalah 100% sekiranya anda mengikut aturan makan yang betul.Insha ALLAH, MAB juga boleh diambil oleh orang yang berumur 18 tahun ke atas berkahwin/belum berkahwin dan orang-orang tua(warga emas). MAB dijamin bersih, suci lagi halal tanpa perlu diragui lagi bagi org islam
Konsep & Cara MAB bertindakbalas
Apabila anda mengambil MAB, ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. proses ini dinamakan tindakbalas awal. MAB akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Bahagian yang akan berlaku proses rawatan adalah seperti pada bahagian peranakan/mencairkan lemak/kolestrol/toksin dalam darah. apa yang MAB buat adalah ia akan mencairkan darah period lama, nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh berperiod/berpantang (bagi yang bersalin). Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat. Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Jika anda sudah lama tidak berperiod/period pendek bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut. Pada peringkat ini,anda akan didatangi kekerapan period yang tidak menentu kerana MAB sedang merawat peranakan anda.
Selepas selesai tempoh itu, anda akan melalui peringkat keserasian dengan MAB. Pada tahap ini, period akan kembali normal, maksudnya apabila habis saja 21 biji, besoknya period akan datang. Pada tahap ini, MAB sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai..Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak/kolestrol/toksin dalam badan/darah akan dipecahkan dan dibuang bersama najis air besar. Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan melepaskan angin (kentut)
Darah period yang lama ini seharusnya dikeluarkan kerana ianya memberi implikasi kepada anda dalam jangka masa panjang. Antara risikonya ialah terdedah kepada fibroid/cyst/barah pangkal rahim. Jika darah lama ini dapat dikeluarkan insyaAllah risiko kepada penyakit tersebut adalah rendah. Dengan kata lain, MAB adalah satu ikhtiar utk mengelakkan kemunculan penyakit tersebut.
MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI
***MAB memang membantu merawat dalaman kita spt bersihkan darah kotor spt period atau nifas yg tak keluar dgn lancar masa kita pantang atau gugur begitu jg period yg tak lancar ia kan lancarkan.
Bila MAB Bertindak Balas?Ia bgantung pada body masing ada yg 1 pertama period dah jadi kelam kabut spt keluar dgn banyak/sikit atau dlm tempoh yg panjang jg keluar dgn jumlah yg byk spt berketul2.Ramai jg yg dtg 2 kali sebulan.Warna darah kotor ni jg keluar dlm pelbagai color spt hitam,coklat atau tak merah terang.Proses tindak bls ni jg bgantung pd body masing ada hanya 2 bln, 3 bln ada sehingga 6 bln dan ada yg lebih..
KOMPOSISI
~Kacip Fatimah,Serapat,Senduduk,Inai,Madu,Manjakani,Habbatus Sauda/jintan hitam
huraian bahan & khasiatnya secara umum..
KACIP FATIMAH
- dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
- dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
- dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
- dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid - juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir
SERAPAT
-meningkatkan hormon estrogen
- Mengetatkan dan menguatkan otot-otot faraj (Kemutan)
- Mempertingkatkan daya alat kelamin dan tenaga batin
- Memperkemaskan saluran peranakan
- Membina rahim dan membersihkan rahim (selepas bersalin dan haid)
- Memperbetulkan perjalanan haid
- Melegakan senggugut dan medu
-Meningkatkan kesihatan dan ketahanan badan serta awet muda
- Mencantikkan Payudara dari dalaman tubuh
SENDUDUK
- mempunyai nilai perubatan yang tinggi
- untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita
- mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama
INAI
- Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan)
- untuk menghentikan pendarahan.
- Untuk luka bersalin dan pembedahan
- dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan
- Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin
MADU
- Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
- Menghentikan batuk dengan cepat
- Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
- Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
- Menghentikan kesakitan sendi
- Baik untuk sistem pernafasan
- Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
- Membunuh kuman dan virus didalam darah
- Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
- Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
- Meningkatkan prestasi mental
- Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.
MANJAKANI
- menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita
- dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.
- dapat mengurangkan lelehan mukus
- membantu menstabilkan hormon
- melancarkan darah dan memberi tenaga
- begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran
- Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
- Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
- Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
- dapat menghilangkan jerawat
- amalan setiap hari dapat mengempiskan perut
HABBATUS SAUDA/JINTAN HITAM
- Menguatkan sistem kekebalan tubuh
- Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
- Meningkatkan bioaktivitas hormon
- Menetralkan racun dalam tubuh,
- Mengatasi gangguan tidur dan stress,
- Anti histamin/anti alergi
- Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
- Melancarkan air susu ibu
- Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
- Anti tumor
- Nutrisi bagi manusia
- Anti Oksidan
- Anti infektif dan broncodialating

Khasiat & Kegunaan MAB

Merancang Keluarga
Merawat keputihan
Awet muda
Memelihara peranakan
Membuang darah kotor melalui period
Menambah tenaga
Teraturkan period
Mencantikkan kulit/menegangkan payudara
Mengawal berat badan
Melawaskan buang air besar
Memulihkan/melambatkan monopaus
Menstabilkan hormon wanita
Melancarkan peredaran darah
Mengawal kolestrol dalam darah
Ikhtiar utk mendapatkan zuriat

LAIN-LAIN KEGUNAAN MAB
MELAMBATKAN MONOPAUS/MENGEMBALIKAN PERIOD BAGI ORANG YANG TELAH MONOPAUS
Dengan mengamalkan MAB, anda tidak akan monopaus di usia yang terlalu awal aiatu sekitar 40an. Biasanya hormon kewanitaan dikeluarkan oleh otak kita dengan aktif pada usia remaja sehinggalah sekitar usia 30an, disebabkan faktor usia, stress dan tekanan hidup, otak kita menjadi kurang berkupayaan merembeskan hormon tersebut untuk badan, jika masalah ini tidak diatasi dengan baik kita menjadi cepat tua dan akhirnya mempercepatkan monopaus.Keadaan ini akan menimbulkan kesan yang tidak baik dalam hubungan rumahtangga. Hubungan seksual juga menjadi tidak harmoni. InsyaAllah dengan mengamalkan MAB masalah tersebut dapat di atasi dengan baik
MAB UNTUK IKHTIAR ANAK
Biasanya orang yang mempunyai masalah period/senggugut adalah sukar untuk mengandung. berkemungkinan orang seperti ini mempunyai masalah dalaman pada peranakan seperti terdapatnya blocking pada peranakan seperti period tak keluar habis/keputihan. Keadaan seperti ini akan menghalang perjalanan sperma lelaki menuju ke rahim untuk bercantum dengan benih perempuan. Dengan mengamalkan MAB, ianya mengeluarkan blocking tersebut supaya perjalanan sperma menjadi lancar. Dengan itu proses penghamilan akan lancar.
SESUAI UNTUK PEREMPUAN BERUMUR/WARGA EMAS
MAB ini bukan sahaja untuk wanita muda malah ianya sesuai kepada waita yang berumur 50an ke atas. Bagi golongan berumur/warga emas ianya tidak dapat mengembalikan period lagi, cuma hanya boleh mendapat khasiat2nya seperti melancarkan peredaran darah, memberi tenaga, lawas, menghilangkan kebas2 dan sebagainya.
Kesan/Khasiat MAB Selepas Tindak Balas ?
Badan menjadi ringan, dpt bergerak aktif.Lebih bertenaga dan mudah menyelesaikan kerja2.
Kulit muka menjadi cantik, licin,halus, gebu dan cerah.tiada lg jerawat atau jeragat/pigmentasi.
Badan menjadi kurus,kesan dr singkiran lemak,angin atau toksid brsama proses tindak bls tadi.
Perut menjadi kempis dan tidak mengebeh selepas singkiran toksid.
Hasil dr tindak balas ini jg membantu mengembalikan kelangsingan berat badan yg ideal.Amat di galakan utk ibu2 yg bersalin anak pertama.Proses kelangsingan lg cepat berlaku.
Memejal dan menegangkan payudara, kandungan herba dr MAB dpt membantu mengembalikan payudara idaman semua.Kepada sesetengah ada yg mengalami rasa tindak balas spt sakit/denyut2 pada payudara.
Bertenaga, diakui semua yg telah mencuba MAB mmg bertenaga spt dpt berjaga lebih lewat dr mlm2 sebelum mengambil MAB.Malah dapat memberi tenaga yg lebih dlam mengurus kerja2 rumah selepas penat bekerja.
Tidak mengantuk di siang hari walau pun kurang tidur di mlmnya.Cth: ramai ibu2 yg menyusu baby terpaksa bangun berkali-kali malamnya utk menyusu baby.
Kandungan MAB dapat melancarkan pengaliran susu ibu dgn banyak.Malah tiada efek kpd baby, perlu minum air yg banyak setiap hari.

Yang istimewanya rumusan kandungan MAB meningkatkan SEKS, malah rasa yakin dan gembira lagi sebab ia jg berfungsi sebagai family planning.Tiada rasa risau selapas bersama dan tak perlu melakukan senaman lagi selepas itu.
Merapat dan mengetatkan rahim - Ini di akui oleh semua yg telah mengamalkan MAB.Tak ada sesiapa pun yg tak mendpt pujian dr suami selepas makan MAB.Ramai yg terpaksa tambah bajet bulanan utk membeli shampoo lebih..........malah dpt menyelamatkan rumahtangga yg hampir musnah selepas terkena 'panahan' MAB.
Siapa Yang Boleh Makan MAB?
Semua golongan wanita yg berumur 18 thn keatas.So yg umur 18 th ke atas telah berkawin atau belum,janda/balu jg telah monopouse memang di syorkan makan MAB.Kandungan MAB bukan sahaja utk family planning/cegah kehamilan malah dpt merawat kesihatan dalaman wanita

No comments:

Post a Comment